Tuesday, July 5, 2011

keratan pukul satu

malam ini masih kelam
sejuk dingin beku
ketulan embun jatuh
menimpa-nimpa ke susuk tubuhku
telinga berdesing
meliuk lentuk
menari nari
mengikut irama jazz
rider on the storm
dendangan vokalis handalan
douglas james morrison
mata ini belum lagi mahu tidur
mungin kerana masih
terngiang ngiang dengan
peristiwa ngeri yg berlaku
pada pagi jun lima
tangan ini masih rancak menulis
kerana baginya tepat jam inilah
waktunya semakin gila
aku hanya penulis biasa biasa
aku hanya manusia biasa biasa
sejauh mana kaki melangkah
minda meminta minta
menagih ilmu
kerana diri ini
masih lagi kosong

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © hey, tak tidur lagi kau?
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com