Friday, July 8, 2011

Bersantai Bersama Pak Busu

(dan anak-anaknya)








Ujian Tona

secebis gambar tentang
kampongku tercinta
aku pamerkan disini
segala kritikan dan tohmahan
amatlah dialu-alukan
sama-samalah kita berkongsi ilmu
akan aku berikan apa yang aku tahu








Thursday, July 7, 2011

kawan

kawan yang sejati itu permata
sanggup berkorban apa jua
tak kira nyawa atau harta
tak hanya ada bila gembira
dia wujud saat sengsara

kawan yang sejati itu nyawa
di mana ada pasti ceria
setia mendengar cerita duka
menjadi perisai saat kecewa
pasti bahagia jika bersama














perempuan itu..

dia begitu istimewa
tak keterlaluan
jika aku ibaratkan dia
sebagai idola
segala tingkah laku aku
segala tindak tanduk aku
segala sifat aku
banyak diwarisi dari dia
bagi aku dia sungguh sempurna
bagiku dia perempuan paling hebat
dia kenal apa yang aku cinta
dia kenal apa yang aku murka
dia kenal apa yang aku suka
dialah satu satunya insan
di dunia yang aku tak bisa
bohongi
walau sekalipun aku cuba
segala cubaanku dapat dihidu
dia satu satunya insan
didunia ini yang aku cintai
dialah satu satunya
ibuku...

Tuesday, July 5, 2011

keratan pukul satu

malam ini masih kelam
sejuk dingin beku
ketulan embun jatuh
menimpa-nimpa ke susuk tubuhku
telinga berdesing
meliuk lentuk
menari nari
mengikut irama jazz
rider on the storm
dendangan vokalis handalan
douglas james morrison
mata ini belum lagi mahu tidur
mungin kerana masih
terngiang ngiang dengan
peristiwa ngeri yg berlaku
pada pagi jun lima
tangan ini masih rancak menulis
kerana baginya tepat jam inilah
waktunya semakin gila
aku hanya penulis biasa biasa
aku hanya manusia biasa biasa
sejauh mana kaki melangkah
minda meminta minta
menagih ilmu
kerana diri ini
masih lagi kosong
 
 
Copyright © hey, tak tidur lagi kau?
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com